Fikirkan sekali lagi.
Jika kita terus
beranggapan seperti itu, dan menjadikannya tabiat diri, jujur… keakuan di dalam
diri, tersangatlah besar dan menebal. Sehinggakan, kita asyik dengan diri
sendiri. Kita pentingkan diri sendiri! Andai kita mengatakan buat baik kepada
yang baik ianya logik, ia sememangnya tidak logik sama sekali. Kerana, Allah
dan Rasul-Nya tidak mengkhususkan kita untuk berbuat baik.
Fikirkan.
Jika Nabi Muhammad SAW
berbuat kebaikan kepada yang baik, agak-agak agama Islam itu bagaimana?
Allah SWT secara
maklumnya, mengamanahkan para rasul dan nabi agar menjadi baik, berbuat baik di
dalam hidup. Bahkan, mengamalkannya secara berhemah dan menurut prinsip-prinsip
Islam. Seperti dakwah Nabi Musa a.s kepada Firaun. Tidak cukup dengan itu,
perhatikan dakwah Nabi Muhammad SAW. Baginda sendiri tidak pernah memaki,
memaksa, dan melakukan perkara-perkara yang kurang elok kepada Abu Jahal dan
kaumnya. Baginda SAW itu seorang pengasih dan penyanyang.
Tetapi… bagaimana
sekiranya ada yang berbuat jahat kepada kita, menzalimi kita, menyakiti kita,
dan melakukan bermacam-macam perkara yang kurang baik terhadap diri kita.
Pastinya sukar untuk membalas kebaikan.
Tenang.
Tanyakan pada diri.
Kalau kita buat baik
kepada orang yang buat baik kepada kita, itu tandanya kita buat baik kerana
diri kita.. bukan kerana Allah SWT. Contoh, apabila kebaikan telah kita
nikmati, maka timbul rasa ingin membalasnya. Baik dibalas baik. Ia bermaksud,
kebaikan yang kita lakukan itu adalah kerana diri kita sendiri. Dan sekiranya
kerana Allah SWT, pastinya berbeza. Kita tetap buat baik, walaupun tidak
dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tidak buat baik kepada kita.
Meskipun terasa berat
dan sukar, didiklah diri kita. Jernihkanlah hati kita. Jangan beranggapan
bahawa, buat baik kepada orang yang tidak buat baik kepada kita itu satu
kerugiaan dan sia-sia. Jangan! Sebaliknya, mulakanlah langkah, agar segala
perkara yang kita lakukan dan pengharapan kita selama ini, semuanya fokus
kepada Allah SWT. Kita lakukan, atas kerana kehendak-Nya, kerana perintah-Nya,
dan untuk-Nya semata.
Hakikatnya, kejahatan
juga boleh dijadikan kebaikan bila kejahatan itu dibalas dengan kebaikan.
Insya-Allah. Bilamana
kita mengamalkan sikap baik ini, orang yang berbuat jahat kepada kita dan orang
yang tidak berbuat baik kepada kita, sedikit sebanyak akan terpikat dengan
kita. Yakinlah kepada Allah, kebaikan itu akan menghasilkan natijah yang baik.
Malah lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Semuanya, berbalik kepada
keyakinan kita terhadap-Nya.
Buat baik itu satu
kewajipan setiap insan. Usah hadkan kebaikan yang kita lakukan. Ayuh, berikan
kebaikan dengan tulus dan ikhlas.
Ini ialah akhlak!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar